About Me

My photo
Triang, Pahang, Malaysia
Hardworking,creative,dependable, calm, enjoy helping others, modest, love to achieve great things like peace, strong- minded, conservative, gentle, reliable, inspire confidence, balanced, truthful, loyal, committed, strong and easy to trust.

Saturday, July 31, 2010

Ada apa dengan PHD????


Salam kawan- kawan,harini aku nak cerita sikit pasal PHD,tp bukan yang bermaksud ijazah kedoktoran tapi penyakit yang dah lama bersarang dalam masyarakat kita iaitu 'Perasaan Hasad Dengki' @ singkatannya PHD ;p
Jom kita tengok apa maksud PHD ni>>>

>>>Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘dengki’ digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: “Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat.” Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.”
Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.
Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ‘ghibtah’ iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

>>>Berdasarkan pengalaman aku la,kerana dengki orang sanggup menuduh aku pemalas,sombong,berlagak,buat kerja tak ikhlas dan macam-macam lagi.Sekarang ni aku tengah praktikal kat sebuah Pejabat Daerah,dan di sini budaya bodek membodek memainkan peranan yang sangat penting sehingga orang kat ofis kata,"kalau nak hidup,pandai-pandai la membodek..baru lepas.." sampai begitu sekali 'attitude' mereka??
>>> Kerana terlalu sedih dengan tuduhan mereka,aku tidak dapat membendung kesedihan lagi,aku menangis kt meja aku semasa sorang staff menyampaikan cerita itu kepada aku,niatnya baik,supaya aku tidak menangis semasa di akhir praktikal di sebabkan laporan sulit penyelia..dan mase tu ade mata-mata liar yang memandang aku dengan pandangan yang sinis.Airmata yang mengalir tu sebenarnya bukan kerana tuduhan itu sahaja tetapi keseluruhan peristiwa yang mengecewakan aku di tempat itu.
>>>Keesokkan harinya,penyelia aku memerli aku kerana menangis sedangkan dia tak cuti masa tu,jadi aku agak pastilah mata-mata liar yang menceritakan semua ni..penyelia bukan sahaja tak bersimpati,malahan semakin memerli aku..

4 comments:

  1. Sbr je laa...hati manusia nie mmg xpernah suke dengan ap yg org lain buat...ade je yg tak kena.... huhuhuu

    dugaan hidup tuu..

    ReplyDelete
  2. Thanks..tp pelik betul,mane2 jer sy g,ade jer org dengki walhal sy xpernah melaga-lagakan orang,xpernah layan buruk sbb didikan yg sy terima,alhamdulillah..
    hurm,mungkin ini semua ujian buat saya..

    ReplyDelete
  3. hmm.mgkin sbb mereka xsuke nga cara kita..kita mane taw kann...tafsiran org..tp kalo kita dah rase itu yg terbaik untuk kita...biarkan la ape yg mereka kata...hEe~~

    janji kita tak ssh kan mereka...
    2 laa..kadng2 ujian nie buat kita lebih matang dan lebih tabahh... =))

    ReplyDelete
  4. mungkin mereka cemburu,sy pn xtau motif mereka ape sebenarnya...harap2 bln puasa ni mereka akan insaf :)

    ReplyDelete