About Me

My photo
Triang, Pahang, Malaysia
Hardworking,creative,dependable, calm, enjoy helping others, modest, love to achieve great things like peace, strong- minded, conservative, gentle, reliable, inspire confidence, balanced, truthful, loyal, committed, strong and easy to trust.

Sunday, August 15, 2010

Ilir-ilir

Syair tembang
Ilir-ilir karya Sunan Kalijaga begitu halus maknanya, penuh pengajaran dan ibarat.

Ilir-ilir

Ilir ilir tandure wis sumilir

Tak ijo royo-royo tak sengguh temanten anyar

Bocah angon
(2x) penekna belimbing kuwi

Lunyu-lunyu ya penekna kanggo masuh dodotira (2x)

Dodotira (2x) kumitir bedhah ing pinggir

Dondomana jrumatana kanggo seba mengko sore (2x)

Mumpung padhang rembulane mumpung jembar kalangane

Terjemahan:

Ilir-ilir

Ilir-ilir tanaman sudah bersemi

Tampak menghijau ibarat pengantin baru

Wahai penggembala panjatlah belimbing itu

Meski licin panjatlah untuk mencuci kain

Kain yang sedang robek pinggirnya

Jahitlah dan tampallah untuk

Menghadap nanti sore

Ketika bulan terang dan lebar tempatnya


Lagu puisi Ilir-ilir di atas memberi rasa optimis kepada seseorang yang sedang melakukan kebaikan di mana amal itu berguna untuk bekalan di hari akhirat.

Pesanan ini menunjukkan bahawa manusia hidup di dunia sekadar tempat persinggahan, kerana suatu ketika kita semua akan kembali kepada Tuhan.

Demikian petikan-petikan ringkas untuk memahami susur-galur proses Islamisasi dan dakwah berasaskan budaya yang amat ketara di Tanah Jawa sebagai halwa minda.

Perhatikan betapa kreatif para wali itu berdakwah kepada umat Jawa yang menganut anamisme dan budaya Hindu Buddha sehingga Islam mengakar dalam Peradaban dan Budaya Jawa

Walaupun hidup di dunia hanya sementara,ini tidak bermakna hidup yang singkat ini tidak perlu perhatian atau menganggap hidup ini sementara tak mengapa kalau di sia-siakan. Walaupun hanya sementara,ia perlu diperebutkan dengan sebaik-baiknya dengan menjadikan kehidupan sebentar ini sebagai suatu yang amat bermakna.

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. " Indahnya syair Islam ini, seolah-olah bunga mawar yang kembang di kebun angkasa malahan lebih dari itu. Islam datang bukan untuk dunia ataupun akhirat semata-mata. Segala suruhanNya mempunyai hikmah tersendiri dan sesuai dengan fitrah manusia. Kerana Allah mengetahui sifat hambaNya , kerana Dia adalah Maha Pencipta.

Sekadar mengambil iktibar tiada salahnya. Tanyakan pada diri sendiri, kita yang kononnya “murni” ini di tahap mana da’awah bil lisan wa da’awah bil hal atauda’awah bil thaqafah.

Astaghfirullah il ‘Azim. Yang baik datangnya dari Allah SWT,dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri

Saturday, August 14, 2010

Cheff Jue Recipe's

salam kawan-kawan..

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat menjalani ibadah puasa :)
>>> Harini aku nak berkongsi Resepi yang aku suke masak n mkn..aku memang suka makan makanan yang pedas2,maklumlah mak ayah aku orang Melaka so xselera kalau xpedas..hihi
Sebenarnya Asam Pedas ni memang macam2 jenis tapi ini yang aku paling berselera, So kawan2 cubela resepi ni dulu yer


IKAN TONGKOL MASAK ASAM PEDAS

Bahan2 :

1.Minyak (4 senduk)
2.Bawang merah 3 ulas telah di kisar
3.Bawang putih 2 ulas telah di kisar
4.Halia 3 inci telah di kisar ( lebih sikit pn xape)
5.Lada hitam segenggam telah di kisar ( kalau nk lg pedas,lebihkan)
6.Cili kering yang sudah di kisar (6 senduk)
7.1 sudu besar kunyit yang telah dikisar
8.Bendi/terung n 2 biji Tomato di belah 4
9.Satu jag kecil air
10.Garam & ajinomoto secukup rasa
11.Ikan Tongkol/Ikan Duri (tp perlu di cuci dengan air asam@tepung@limau nipis utk hilangkan hanyir)/ Ikan Pelaling/ Ikan Pari>>(cadangan)
12.Air Asam Jawa secukup rasa

Cara2 membuatnya :

1.Panaskan minyak dalam periuk
2.Tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan lada hitam (sampai naik bau)
3.Masukkan cili kisar dan kacau sampai ia garing
4.Masukkan air 3 cawan dan kacau
5.Masukkan ikan Tongkol/Ikan Duri /Ikan Pelaling/Ikan Pari
6.Biarkan mendidih
7.Masukkan air asam jawa
8.Tambahkan air (jgn byk sgt nanti kuah jd cair)
9.Masukkan Kunyit
10.Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa
11.Masukkan Bendi dan biarkan bendi masak
12.Masukkan Tomato (xleh masuk awal2 nanti hancur)

Siap untuk di hidangkan :)

SELAMAT MENCUBA

P/S : Asam Pedas ni memang sedap kalau di makan dengan telur masin/ulam2an cam petai,ulam raja,kacang botol..urm,sgt2 menyelerakan :)

Tuesday, August 3, 2010

Tazkirah Untuk Di Kongsikan Bersama

BAHAGIA

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

• Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”

Sunday, August 1, 2010

My Fav Book 4



4- Penulis : Muhammad Alexander

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13:
978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit:
15 Jul 2010
Jumlah Muka Surat :
560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah,Islam Umum, Perbandingan Agama

PTS Islamika Sdn Bhd

ARMAGEDON 2012

Sinopsis :

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Isi Kandungan :

BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis

My Fav Book 3



3 -Penulis : Muhammad Alexander

Harga: RM 31.50 / RM 34.50

ISBN-13: 978-967-5137-46-4
Tarikh Terbit:
6 Mar 2009
Jumlah Muka Surat :
576

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam,Perbandingan Agama

PTS Islamika Sdn Bhd

YAKJUJ & MAKJUJ : BENCANA DI SEBALIK GUNUNG

Sinopsis :

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

Isi Kandungan :

Bab 1: Inskripsi Yahudi: Sebuah Pengantar

Bab 2: Suara-suara dari Padang Gurun tentang Zulqarnain danYakjuj & Makjuj

Bab 3: Genealogi Yakjuj Makjuj dalam Inskripsi Yahudi

Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia adalah Gog Magog

Bab 5: Sejarah Timur Tengah dan Yahdudi serta peranan bangsa Barbar Scythia

Bab 6: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Kerajaan Hitti di Urartu 743 SM

Bab 7: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Samaria, Ibu kota Kerajaan Israel Utara tahun 721 SM

Bab 8: Serangan Yakjuj dan Makjuj ke Niniwe Assyria tahun 612 SM

Bab 9: Serangan Yakjuj & Makjuj ke kota Jerusalem, Ibu kota Kerajaan Yehuda tahun 587 SM

Bab 10: Nabi Yehezkiel memberi khabarkan datangnya Gog Magog

Bab 11: Nabi Yunus mengingatkan Kota Niniwe tentang Ancaman Yakjuj dan Makjuj

Bab 12: Nahum mendapat penglihatan tentang dekatnya Kehancuran Niniwe

Bab 13: Amos dan Joel mengibaratkan keluarnya Gog Magog laksana Serangan Belalang

Bab 14: Pergelutan Nabi Jeremia Mengingatkan Kebebalan Kaum Israel tentang Bahaya Gog Magog

Bab 15: Keluarnya Yakjuj & Makjuj Pada Akhir Zaman dalam Inskripsi Yahudi

Bab 16: Jawapan atas Distorsi Evangelis Barat tentang Gog Magog

My Fav Book 2

2-Penulis : Muhammad Alexander

Harga: RM 35.00 / RM 38.00

ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama, Politik & Sejarah
PTS Islamika Sdn Bhd

ALEXANDER ADALAH ZULKARNAIN

Sinopsis :


"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

Isi Kandungan:

BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran

BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno: Nama Alexander Dicemari

BAB 3: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great

BAB 4: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj

BAB 5: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani

BAB 6: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi

BAB 7: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem

BAB 8: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)

BAB 9: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur

BAB 10: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah

BAB 11: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana

BAB 12 : Alexander Membina Kota Alexandria Eschate dan Tembok Besi

BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani 633

BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan

Saturday, July 31, 2010

My Fav Book 1





Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-983-3604-07-4
ISBN-10: 983-3604-07-2
Tarikh Terbit: 6 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 224

Kategori: Islam

PTS Millennia Sdn Bhd

Kategori: Islam

PTS Millennia Sdn Bhd


Sinopsis :

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.

Isi Kandungan :

Bab 1: Raja Namrud

Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)

Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)

Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain